Monday, November 7, 2016

Lampu Eco Idling Honda PCX Tak Menyala

Dalam minggu lepas semasa aku dalam perjalanan nak ke sekolah tiba-tiba lampu Eco Idling PCX aku (yang bersimbol A hijau tu) tak menyala. Puas juga duk main buka tutup buka tutup suis tu. Bila diaktifkan lampu A tu akan aktif sekejap beberapa saat tetapi lepas tu padam.

Jadi apabila berhenti di lampu isyarat kerana tak boleh diaktifkan maka enjin pun tak ada la mati seperti biasa. Bila buka di suatu forum di internet tahu la aku itu tanda baterinya dah nak king kong (habis).
Selain dari tak boleh pakai Eco Idling, bila tekan alarm, lampu kelip2 signal kuning tu menyala tetapi bunyi tit! tit! tak ada.

Aku ada pergi ke ke Kedai Maxima kat Senawang tempat aku beli PCX untuk sahkan status bateri yang hampir king kong tu, mekanik tu cakap, "Abang pakai dulu la ini skuter. Itu Eco Idling jangan pakai dulu. Nanti mau servis tukar sekali."

Bagi hangpa yang nak tau harga bateri tu, kat Kedai Maxima ni RM137 sekali upah dan gst. Aku ingat nak buka sendiri saja nanti lepas tu pi cari kat kedai spare part.

Selagi jalan kita pakai je dulu. Skuter ni 5000 km pun belum...

1 comment:

  1. assalamualaikum wrt. wbt,

    sy seronok bc komen2 tuan2 mgnai Honda PCX ni..sy baru guna skuter ni dlm 3 hari (beli second hand kat kedai)..milage dlm 6800km...sbg org2 yg dh lama guna skuter ni sy nak mohon pandangan tuan2 ttg penjagaan skuter ni, berapa km patut kena tkr minyak hitam, minyak gear, coolant dan filter

    ReplyDelete